Sunday, October 30, 2011

Tahniah squad Ruso!!!!Juara Piala Malaysia 2011 milik N9!! =)






Assalamualaikum....



Pergh nak gugur jantung aku tengok game N.Sembilan vs Terengganu....
Pape pun sangat2 hepi N9 menang kali ni!!!!Congrates3!!=)

Masukkan firdaus azizul mmg sangat membantu squad jang malam ni...sangat puas ati ngan game malam ni...Terengganu pun tak hampakan aku...sebelum ni aku pernah mention yg dua2 team yang bermain dalam final Piala Malaysia malam ni mmg team faveret aku...So mana2 pasukan yang menang malam ni...aku tetap hepi....klik untuk baca previous entry


Tapi....keadaan padang bagi aku sangatlah mengecewakan....aku yang tengok kat rumah pun kecewa dengan padang stadium tu,inikan pulak diorang2 yang da melabur rm50 untuk ke stadium...bagi aku padang tu agak teruk....Aku taknak timbulkan isu pasal FAM or watever kat sini...pasal isu padang tu mmg tak bley nk kata apa la kannn...

Dan....antara orang yang paling hepi malam ni mestilah player N.Sembilan sendiri....Firdaus azizul....Cuba tengok gamba ni.....

*sila klik untuk pembesaran ye..


p/s: aku suka bola...aku suka sume player N9 & Terengganu & t-team...Tak semestinye suka bola tu maknenye pompuan tu ganas + brutal & sama waktu dengannya....kan? kemon la...open minded sket...

p/s/s: Encik Petaling jaya saya tau awk akan baca entry ni....berhenti bukak page saya ok! Saya tak paham mcm mana sy da tukar psword tp awk still dpt bukak fb sy...Ape lagi yg awk nk ni ha!










Saturday, October 29, 2011

Siapa Kamu?!


Kenapa????
Kenapa wahai encik PETALING JAYA!????


Friday, October 28, 2011

Facebook pemain bola malaysia....

Assalamualaikummm...=)






Dah alang-alang menjelang Final Piala Malaysia 2011 (Terengganu vs N.Sembilan) Sabtu ni...aku ingt nak berkongsi dengan korang tentang player2 bolasepak kesayangan kita ni.....

Banyak player bolasepak yang ada facebook...Tapi mesti korang macam was2 sama ada owner fb tu original atau fake...Kat sini aku kasi link player2 bola dan link ini memang original milik player2 bola tersebut....aku tak tau banyak,so aku just share yang aku tau...harap2 player2 bola semua izinkan link anda saya letak di sini ye......:)

Mohamad Zaquan Adha (Negeri Sembilan)
Safiq Rahim (Selangor)
Amirul Hadi Zainal (Selangor)
Asraruddin Putra Omar (Selangor)
Zairo Anuar (T-team)
Muslim Ahmad (Harimau Muda kot...maaf tak ingat)
Mohd Faizal Abu Bakar (Sepet) (Kedah)
Sharbinee Allawee (Terengganu)
Ashaari Shamsudin (Terengganu)
Manaf Mamat (Terengganu)
Joseph Kalang (Terengganu)
Daud Su (Kelantan)
Alif Shamsudin (N.Sembilan)
Shamirza Yusoff (Terengganu)
Farizal Marlias (N.Sembilan)
Khyril Muhymeen (Kedah)
Rezal Zambery Yahya (Johor FC la rasanye...sbelum ni dia N.Sembilan)
Firdaus Azizul (N.Sembilan)
Ahmad Nordin Alias (Terengganu)
Asyraf Japri (N.Sembilan)
Qhairul Anwar (N.Sembilan)


Mostly friendlist diorang da penuh...Tapi page2 di atas ni mmg owner yang ori...Khairul Fahmi Che Mat punya official fanpage da tutup,tak tau pulak kalau2 ada fanpage yang baru.....Safee Sali pulak terlalu banyak fanpage n to be honest aq pun tak tau yang mana 1 official fanpage dye...=.="






p/s: Rezal Zambery,Zairo Anuar,Faizal Abu Bakar,Firdaus Azizul,Ahmad Nordin & Asraruddin Putra...mereka sgt sporting...seyes....=)

p/s/s: link ni cuma untuk fan2 bolasepak malaysia sahaja...to all the Haters,jangan gunakan link ni untuk tujuan yang tak baik...Supportlah bolasepak kita...:)




Till da next post....=)

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday #1








p/s: *******************************

Sunday, October 23, 2011

Asma ul husna....Sejauh mana anda memahaminya??










Assalamualaikum...
First sekali aku ingin kongsikan sesuatu yang diharap menjadi panduan untuk kita semua...untuk pengetahuan aku copy 100% entry ni dari hamba Allah ini....Semoga bermanfaat untuk kita semua...amin..=)

******************************************************************************

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” Sahih Bukhari.
1. Allah
2. Ar-Rahman – Maha Pemurah
3. Ar-Rahim – Maha Penyayang
4. Al-Malik – Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus – Maha Suci
6. As-Salam – Maha Penyelamat
7. Al-Mu’min – Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin – Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz – Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar – Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir – Maha Besar
12. Al-Khaliq – Maha Pencipta
13. Al-Bari’ – Maha Perancang
14. Al-Musawwir – Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar – Maha Pengampun
16. Al-Qahhar – Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab – Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq – Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah – Maha Pembuka
20. Al-^Alim – Maha Mengetahui
21. Al-Qabid – Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit – Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid – Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ – Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz – Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenanga n
26. Al-Muthil – Maha Merendahkan
27. As-Sami^ – Maha Mendengar
28. Al-Basir – Maha Melihat
29. Al-Hakam – Maha Menghukum
30. Al-^Adl – Maha Adil
31. Al-Latif – Maha Halusi
32. Al-Khabir – Maha Waspada
33. Al-Halim – Maha Penyantun
34. Al-^Azim – Maha Agong
35. Al-Ghafur – Maha Pengampun
36. Ash-Shakur – Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy – Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir – Maha Besar
39. Al-Hafiz – Maha Pelindung
40. Al-Muqit – Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib – Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil – Maha Luhur
43. Al-Karim – Maha Mulia
44. Ar-Raqib – Maha Pengawas
45. Al-Mujib – Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ – Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim – Maha Bijaksana
48. Al-Wadud – Maha Pencinta
49. Al-Majid – Maha Mulia
50. Al-Ba^ith – Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid – Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq – Maha Benar
53. Al-Wakil – Maha Berserah
54. Al-Qawiyy – Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin – Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy – Maha Melinuingi
57. Al-Hamid – Maha Terpuji
58. Al-Muhsi – Maha Menghitung
59. Al-Mubdi’ – Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id – Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi – Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit – Maha Mematikan
63. Al-Hayy – Maha Hidup
64. Al-Qayyum – Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid – Maha Menemukan
66. Al-Majid – Maha Mulia
67. Al-Wahid – Maha Esa
68. As-Samad – Maha Diminta
69. Al-Qadir – Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir – Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim – Maha Mendahulukan
72. Al-Mu’akhkhir – Maha Melambat-lambatkan
73. Al-’Awwal – Maha Pemulaan
74. Al-’Akhir – Maha Penghabisan
75. Az-Zahir – Maha Menyatakan
76. Al-Batin – Maha Tersembunyi
77. Al-Wali – Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali – Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr – Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab – Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim – Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww – Maha Pemaaf
83. Ar-Ra’uf – Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk – Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram – Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit – Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ – Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy – Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni – Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ – Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr – Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ – Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur – Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi – Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ – Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi – Maha Kekal
97. Al-Warith – Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid – Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur – Maha Penyabar
(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).
1. “Ya Allah!” apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
2. “Ya Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.
3. “Ya Rahim!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
4. “Ya Malik!” apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
5. “Ya Quddus!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.
6. “Ya Salam!” apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
7. “Ya Mukmin!” apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
8. “Ya Muhaimin!” apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu
Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. “Ya ‘Aziz!” apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10.”Ya Jabbar!” apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11. “Ya Mutakabbir!” apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.
12.”Ya Khaliq!” dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).
13.”Ya Baarii’!” sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
14.”Ya Musawwir!” sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
15.”Ya Ghaffaar!” sambil beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.
16.”Ya Qahhaar!” dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17. “Ya Wahhaab!” dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
18. “Ya Razzaq!” dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19. “Ya Fattah!” dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
20. “Ya ‘Aalim!” dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. “Ya Qaabidhu!” dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
22. “Ya Baasithu!” Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.
23. “Ya Khaa’fidh!” dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. “Ya Raafi!” dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
25. “Ya Mu’izz!” dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26. “Ya Muzill!” Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.
27. “Ya Samii’!” Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
28. “Ya Bashiir!” Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.
29. “Ya Hakam!” dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. “Ya Adllu!” dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31. “Ya Lathiif!” Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32. “Ya Khabiir!” Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.
33. “Ya Haliim!” Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.
34. “Ya ‘Aziim!” dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
35. “Ya Ghafuur!” bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.
36. “Ya Syakuur!” dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.
37. “Ya ‘Aliy!” Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.
38. “Ya Kabiir!” Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).
39. “Ya Hafiiz!” dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
40. “Ya Muqiit!” Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.
41. “Ya Hasiib!” Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. “Ya Jaliil!” Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan – perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa
disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.
43. “Ya Kariim!” Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44. “Ya Raqiib!” Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah.. ..
45. “Ya Mujiib!” Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.
46. “Ya Waasi!” Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
47. “Ya Hakiim!” Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
48. “Ya Waduud!” Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.
49. “Ya Majiid!” Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.
50. “Ya Baa’its!” Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51. “Ya Syahiid!” Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
52. “Ya Haq”! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53. “Ya Wakiil” Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.
54. “Ya Qawiy!” Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
55. “Ya Matiin!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
56. “Ya Waliy!” Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
57. “Ya Hamiid!” Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
58. “Ya Muhshiy!” Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
59. “Ya Mubdiu!” Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah.. ..
60. “Ya Mu’id!” Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.
61. “Ya Muhyiy!” amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
62. “Ya Mumiit!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63. “Ya Hayyu!” Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
64. “Ya Qayyuum!” Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.
65. “Ya Waajid!” Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66. “Ya Maajid!” Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
67. “Ya Waahid!” Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah…
68. “Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.
69. “Ya Qaadir!” Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.
70. “Ya Muqtadir!” Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. “Ya Muqaddim!” Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil”.
72. “Ya Muahkhir”! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73. “Ya Awwal!!” Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74. “Ya Aakhir!” Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
75. “Ya Dhaahir!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. “Ya Baathinu!” Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.
77. “Ya Waaliy!” Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini
78. “Ya Muta’aAliy!” Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.
79. “Ya Bar!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80. “Ya Tawwaab!” Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81. “Ya Muntaqim!” Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.
82. “Ya ‘Afuww!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. “Ya Rauuf!” Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.
84. “Ya Maalikul Mulki!” Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.
85. “Ya Zul Jalaali wal Ikraam!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. “Ya Muqsith!” Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. “Ya Jaami’!” Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. “Ya Ghaniy!” Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
89. “Ya Mughniy!” Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.
90. “Ya Maani’!” Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.
91. “Ya Dhaarr!” Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.
92. “Ya Naafi’ “! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. “Ya Nuur!” Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.
94. “Ya Haadiy!” Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95. “Ya Baadii!” Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96. “Ya Baaqy!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.
97. “Ya Waarits!” Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.
98. “Ya Rasyiid!” Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.
99. “Ya Shabuur!” Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai
kejayaan.




Hoben Jang Hoben vs Peteh Ganu Peteh! =)


Waaa...mlm ini sangat la tersangat best nye...
Sape tgk live kat RTM 1??~best kan mlm ni~

Ruso monang!!!
=)

(Tapi seyes t-team main mlm ni mmg bagus..cuma nasib tak menyebelahi dorang....)

Bagi aku game tadi.....

Farizal (H) = mmg patut pun azraai khor masukkan dye as keeper mlm ni..baru ade aura...=)
Shukor Adan = Hurm...saba jela tak dapek nk nengok dye ni kek final nnt..ape daa..da nak abis game ekau dapek kad kuning lak....tp dpt score 1 gol mlm ni mmg terbaek la...cumaa,aduuuuiii...tak meriah la n9 takde shukor adan nnt...huhu =.="
Hai-0 = tatau nak ckp ape..sentuhan kureng berbisa la mlm ni..hu2
Shahurain = waaa..ni la hero mlm ni..walaupun mula2 mcm kureng menyerlah...
Fakri Saarani = Haiyaa!!Mana pigi ini budak??nape tak main mlm ni...hu2..
Kuna = mcm biasa,dia ni mmg tak pernah hampakan fan n9
Qhairul Anwar & Firdaus Azizul : yang ni no comment,tapi firdaus bnyk kali try nk shoot,cume bola menyimpang sana sini..at least dye try kan..




note: 1st half mcm boring sket..lepas je t-team dpt score n n9 pun dpt samakan 1-1,barulah game jd best..
note2: walaupun n9 mng..bg aku best player mlm ni still Zairo Anuar dari T-team.. dia ni mmg faveret player aku,since kat team Terengganu lagi...Skill dye mmg tip top..free kick dye mmg best2...tak caye cube observe,bg aku pmain kat msia zairo anuar dengan safiq rahim pny free kick mmg best (ni personal opinion aku ea..kalau tak setuju tu terpulang..persepsi masing2 kan..)


Final game kat Shah Alam, 29/10/2011

Negeri Sembilan vs Terengganu

(DUA-DUA TEAM FAVERET AKU!!AISEH MANE NAK SOKONG NI!!=.=")
Perhatian: Aku sokong bukan sebab reputasi@rupa@semangat kenegerian ea...(semangat negeri ape nye cik fiqa oii....ko lahir kat kuching,Sarawak tinggal kat nilai,N.sembilan,blaja kat sepang,Selangor n kampung kat muar & Bandar Tenggara,Johor....So agak2 korang aku patut sokong team mana??haha)




To be honest: mungkin Terengganu akan menang..Tapi jangan pulak terkejut kalau nanti Negeri Sembilan boleh menang,sbb skill dua2 team ni mmg best. harap2 N9 tak perform mcm mlm ni pny game..,insya-Allah boleh menang...haishh risaunye..=.="




Jadi saya sokong.......
hurm..
Kalau lawan team lain mmg aku sokong Tranung Nelang 123%...tapi untuk Final mestilah sokong Skuad Jang Kito!Hoben jang  Hoben!!... =)











(mintak maaf la ye review tganu vs selangor takde,sbb saya tak ada astro maa..cuma ada piring astro saja...hehehe)




So bagi korang sapa juara Piala Malaysia nanti??



*gamba ni copy ye,bukannye gamba sendiri..



Kepada N9..

ON MANDOKON NA SU ITA SUPPORT PASUKAN NOGORI...

PALA HARI SABTU ON ISE NA ADONG MASO NA KETA MALIGIN BOLA TU 
SHAH ALAM...

ULANG LUPA PKAI BAJU NITA...SON MASOE..ANGO LAGI BAHAT LAGI 

TAGI...BARU MERIAH...HOBIN JANG HOBIN!!...

*ayt dari sum1 from blogger...=)






haha..ni gamba mase game yg lepas...(masa final n9 vs kedah "Piala FA" taun lepas). Jadi adakah si ruso mampu menembak penyu atau penyu yang shoot ruso balik??sama2 kita tengok...=)


OR





ok..till da next post...assalamualaikum...=)

Saturday, October 22, 2011

Nak menang Smsung Galaxy S2??? jom join contest ni....=)

Nak Gadjet paling canggih 2011 ini?
Jom join Mynewshub..
Aku pun baru je join tadi...
Menang kalah tu kira nasib..
Kalau menang...yippie!!
Kalau kalah..takpe cuba lagi!! =)

due date 31 oct 2011 (Haa tak lama lagi ni..jom join..alah bukannya kena bayar pun...free je kan..)

untuk memudahkan korang..ni link dye..aku da join..korg bila lagi??so gudluck! =)

link Mynewshub contest: http://bit.ly/mUtKgI






p/s: aku join pakai fb..tp still rase nk share kat korg..jom join ramai2..tak salah cuba kan..=)

Monday, October 17, 2011

Kisah itu kisah ini..kisah kamu kisah kita




A: Alamakk..lupalah nak buat bla bla bla...macam mana ni?
B: Kau ni asyik lupa aje,macam nenek lah (sambil ketawa)
A: (Bercakap dalam hati dengan nada terasa,tapi muka tetap cover senyum) nak buat macam mana,aku bukannye sengaja,takpela lagipun dia bergurau je ni..


A: Jom keluar?Dah lama tak hangout sesama ni
B: Maaflah aku busy sangat ni
A: Oh,takpe2 tak kisah pun....
Scene lain...
C: jom jalan2??
B: Jomlah..aku pun tak buat apa2 ni.......


pada satu malam....

A: Jom la pegi bla bla bla malam ni nak tak?
B: -lambat reply msg
C:- lambat reply msg
D:- pun lambat reply msg
*tak lama kemudian
B:-weh aku ade hal lah tak dapat nak pegi
C:-sorilah aku da janji dengan family
D:-sorilah aku da keluar dengan membe2 aku pagi tadi,takkan malam pun nak keluar jugak
A: Ohh takpe2 saja je ajak2 sbb tak tau nak buat ape ni...:')
kemudian A berkata dalam hati...
(wahai D,kenapa mesti kata member aku sedangkan aku kenal siapa "member kamu itu"....mereka juga member aku....)

************
*flashback
tutt...tuutt..ade msg
E: A,petang ni aku keluar dengan B,C,D...kau nak ikut tak?
A: yeke?dorang tak ajak pun...
(tunggu msg,manalah tau dorg ajak...tapi senyap...takde yang ajak....)


B: Macam mana nak buat projek ni ye?ade idea tak?
A: ohhh..sy tak buat yang mcm awak buat,tapi ape kate cube tambah bla bla bla..then pastu try buat camni pulak
B: aah la kan,betul jugak
A: Err...ape pendapat awk kalau saya buat bla bla bla?agak2 ok tak?
B: Entahlah,saya tak tau awk nak buat camne sbb saya buat tak sama dengan awak punya project


D: So bila kau nak pegi bla bla bla?
E: Ooo..esok la..baru best,so amacam,ajaklah ramai2 baru best
D: Ooo..ko ajaklah,aku ok aje
E: K nanti aku kol la membe lain
A : (sedang dengar pebualan,lalu berkata dalam hati) ~ajaklah aku...nape tak ajak aku...~


B: Sy nk beli barang la..
A: Ok aje,saya bleh tlg temankan awk gi beli barang
(scene ni berulang sampailah 3-4 kali dan A ikut aje tanpa berbunyi ape pun)
*flashback
C:malam ni jom pegi hangout
A&B: Jommm!!
B: Ni duit minyak,cian pulak kat C bnyk pakai duit utk minyak nnt 


A: Weh aku nak bagi tau ko ea,bukan aku yang buat semua tu
B: eh?saya tak salahkan sapa2 pun,salahkan awak pun tak
Di facebook
B: Ape yang kau tak puas hati dengan aku ha??aku tak kacau pun hidup kau
C: Amboi marahnye kak...marah kat sapa tu?
B: Ada lah kat pompuan2 yang tak puas ati dengan dress up aku,agaknye dorang jeles sebab dorang tak boleh pakai macam yang aku pakai ni..(sumtin like that)


Banyak lagi kisah lain,tapi apa anda buat kalau anda adalah A??
Manusia kat dunia ni macam2 ragam beb...
 Kalau dulu aku memang kuat melenting
Tapi betullah kata orang
Pengalaman mendewasakan diri kita...
Dan sekarang pengalamn sebegini lah yang membuat aku lebih tabah,cekal dan matang
sesungguhnya berfikiran positif tu baik...^^

(Kisah di atas aku olah sikit2...maaf bagi yang terasa,aku tiada niat lain,sekadar renungan...mungkin kalian terlupa,dan mungkin kalian rasa hal ni remeh....jadi persepsi masing2..Dahulu aku memang terasa dengan situasi2 ini...tapi kini jujur ikhlas aku katakan,aku tahu kalian tak berniat sebenarnya...dan aku tak ambil hati pun..)

p/s: jangan shoot sy,krn ini adalah luahan dari hati saya...selepas ini saya anggap segalanya 0-0...insya-Allah..^^

Saturday, October 15, 2011

Di saat aku mencintaimu









Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…


p/s: best kan lagu ni...=')

Thursday, October 6, 2011

Damn sweet!!


6 October 2011


Izzati 
&
Hifzuddin...


seyes korg giler sweet..

ini da tak boleh dikategorikan sbg cinta monyet da ni....=)



Sedar tak sedar da 5 taun besfren aku yang sorg ni da kapel ngan boyfie dye...
Smoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin.......
hehehe....

Bila nak move ke satu lagi step ni......=)

Bukan ape mszt....makin lama ni makin banyak dugaan...
Neway...
Hope selepas ni korang jalani hidup korang dengan matang n ceria...




curik gmba....jangan marah kak.....teehee.. :p

_
p/s: 5 tahun tu...Ni kalau kumpulkan kisah korang...Boleh buat buku cik kak oii...Btw..Smoga berkekalan..=)






Best Blogger Tips

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers